welcome to my blog

Sunday, June 19, 2011

JuLiaH BloggEr Life: Dirasat Fi Al-Hadith Al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih

JuLiaH BloggEr Life: Dirasat Fi Al-Hadith Al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih: "hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan saudara-saudari sekalian. saya akan menceritakan kepada anda semua mengenai kajian saya terhadap s..."

Dirasat Fi Al-Hadith Al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih

hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan saudara-saudari sekalian. saya akan menceritakan kepada anda semua mengenai kajian saya terhadap seorang penulis kitan yang terunggul dan saya dengan mulianya melabelkan beliau sebagai seorang ulama yang mengorbankan jasanya demi mempertahankan agama islam..

salah satu karya beliau ialah penghasilan kitab dirasat fi-al-hadith al-nabawi wa tarikh tadwinih..
di dalam kandungan kitab tersebut terselit beberapa ilmu yang patut kita pelajari dan ketahui, di mana menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mendalaminya sebagai fardu kifayah.

saya akan menerangkan serba sedikit kajian saya mengenai penerangan secara ringkas dalam kitab unggul tersebut.

BAB PERTAMA
Dalam bab yang awal membahaskan tentang pengertian sunnah dan kedudukannya dalam islam yang mana dalam bab pertama ini dibahagikan kepada dua fasal.

FASAL 1        :           Menjelaskan tentang pengertian sunnah dari segi aspek bahasa dan istilah. Pengertian sunnah juga dibahaskan oleh beberapa pendapat antaranya pengertian sunnah menurut muhaddithin, ulama usul, ulama fuqaha, penyair syair-syair Arab, sunnah dan pengunaannya di dalam Al-Quran, penggunaan sunnah di dalam hadith Rasulullah seterusnya pengertian sunnah menurut pendapat orientalis.
FASAL 2        :           Menceritakan tentang sunnah dan kedudukannya dalam Islam di samping menceritakan mengenai golongan yang menolak sunnah dan pandangan berkaitan sunnah bagi golongan Khawarij, Muktazilah, Syiah dan sebagainya.

BAB KEDUA
Menerusi bab yang kedua ini menjelaskan tentang perkembangan pendidikan di Tanah Arab pada zaman Jahiliyah sehingga zaman kebangkitan atau permulaan era Islam. Selain itu, dalam bab ini menyatakan tentang kesan pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sebagainya. Dalam bab ini juga menceritakan tentang orientalis dan tuduhan mereka terhadap penulisan hadis nabi.

BAB KETIGA
Bab ini membincangkan penulisan Hadis Nabawi dari aspek sejarah penulisan dan pembukuannya. Diterangkan  juga dalam bab ini sebab kelewatan pembukuan hadis nabi. Terdapat ulama yang membahaskan mengenai penulisan hadis serta pembukuannya.

BAB KEEMPAT
Dalam bab ini mejelaskan mengenai penulisan pada zaman Nabi sehingga pertengahan abad kedua yang dilakukan oleh para sahabat dan golongan tabi’in dan cara pendekatan yang mereka gunakan dalam penulisan hadis Nabi. Bab ini terdapat empat fasal.

FASAL 1        :           Penulisan para sahabat dan risalah-risalah mereka.
FASAL 2        :           Penulisan oleh para tabi’in pada abad pertama dan risalah-risalah mereka.
FASAL 3        :           Penulisan oleh sighar Tabi’in dan risalah mereka.
FASAL 4        :           Penulisan daripada sebahagian sighar Tabi’in dan tabi’ tabi’in dan penulisan mereka terhadap hadis Rasulullah SAW.

BAB KELIMA
Bab yang seterusnya ini membincangkan mengenai ilmu dan pembelajaran hadis pada kurun pertama dan kedua. Dalam bab ini menyentuh tentang bagaimana teknik pembelajaran sesuatu hadis tersebut berdasarkan kepada beberapa kategori. Di sini juga ada menyentuh berkenaan dengan imlak hadis dan menjelaskan kaedah imlak hadis dan  lain-lain lagi.

BAB KEENAM
Dalam bab ini membahaskan tentang penjagaan terhadap kitab hadis. Ia juga memperincikan tentang kaedah penulisan hadis, penulisan sanad dan sebagainya. Bab ini turut membahaskan tentang pencurian hadis yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

BAB KETUJUH
Menerusi bab ini menceritakan mengenai isnad dan permulaan isnad dalam hadis dan juga ada menyentuh tentang beberapa pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang orientalis. Termasuk juga kritikan mereka terhadap penggunaan isnad dalam penulisan hadis.

BAB KELAPAN
Dalam bab ini menjelaskan berkaitan dengan sanad dan matan hadis Nabi. Dengan kata lain, perbincangan mengenai kesahihan sesuatu hadis serta perbahasan mengenai kethiqahannya yang mana perbincangan kali ini menyatakan mengenai kritikan orientalis berkaitan dengan matan dan sanad pada hadis tersebut.

BAB KESEMBILAN
Dalam bab yang terakhir membincangkan tentang pengertian naskah yang asal dan melibatkan naskah suhail. Salinan asal naskah suhail turut di lampirkan.


Saturday, June 18, 2011

JuLiaH BloggEr Life: KEMUDHARATAN YANG TERHASIL DARIPADA RIBA

JuLiaH BloggEr Life: KEMUDHARATAN YANG TERHASIL DARIPADA RIBA: "Setiap pengharaman sesuatu perkara oleh Allah s.w.t. pasti terselindung hikmah di sebaliknya. Begitu juga sebaliknya bagi sesuatu perkara y..."

KEMUDHARATAN YANG TERHASIL DARIPADA RIBA


Setiap pengharaman sesuatu perkara oleh Allah s.w.t. pasti terselindung hikmah di sebaliknya. Begitu juga sebaliknya bagi sesuatu perkara yang dihalalkan dalam pensyariatan, pasti ada kebaikannya untuk hambaNya. Dalam konsep amalan riba, ianya banyak mencetuskan masalah dan penindasan kepada individu dan masyarakat. Lantaran itulah riba diharamkan dalam Islam.

  Kemudharatan Riba kepada Individu

Riba memudharatkan individu dapat dilihat pada aspek-aspek berikut:

1.      Mengajar sifat pengecut dan lari dari memikul tanggungjawab. Orang yang menyimpan harta di bank-bank ribawi dan mengambil faedah-faedah yang sudah dijamin kadarnya, sebenarnya telah lari dari tanggungjawab menanggung kerugian.Apabila seseorang mempunyai akhlak tidak suka memikul tanggungjawab, sebenarnya telah meletakkan kegagalan pada seluruh kehidupannya. Dia telah lari dari menanggung tanggungjawab terhadap rumah tangga, anak-anak, kerja, sahabat dan seluruh tindakannya. Lelaki yang begini sifatnya, adalah lelaki yang gagal di dalam setiap urusan kehidupannya.

2.      Melemahkan roh kesedaran, kerana individu yang menyerahkan pengurusan hartanya kepada bank, sebagai imbalan dari faedah yang sudah pun terjamin tanpa berkesempatan memberikan pandangan berkaitan dengan pelaburannya, sebenarnya telah ditimpa kelemahan dan kecacatan. Sekiranya dia melaburkan sendiri hartanya atau melalui prinsip Mudarabah, sudah tentu dia akan membuat berbagai-bagai penelitian terhadap bentuk-bentuk pelaburan hartanya itu. Sekiranya dia melihat ada satu program yang mendatangkan keuntungan yang lebih besar dari program yang sedang dilaburkannya, dia akan meninggalkan program tersebut dan mencaburi pula program yang lebih mendatangkan keuntungan itu. Kesedaran individu sebenarnya memperkembangkan ekonomi, meningkatkan kelayakan dan menambah pengalaman dan kemahiran kepada para pekerja.

3.      Ia akan menyebabkan peniaga-peniaga dan pengeluar muflis dan bangkrap. Kebanyakan peniaga yang diberikan kepercayaan oleh bank, muncul di pasaran yang lebih besar dari kemampuan mereka yang sebenar. Mereka melakukan muamalah dan membina program-program yang lebih besar dari kemampuan kewangan yang mereka ada. Pada saat kritikal, pihak bank manunjukkan akaun mereka dan menyita harta benda mereka.

4.      Menjauhkan diri daripada Allah. Apabila pihak bank menjamin pendapatan tetap kepada individu – sebagaimana keadaan yang berlaku pada faedah-faedah ribawi – hubungan dan harapannya kepada Allah s.w.t. dan permohonan taufik daripadaNya akan berkurangan. Pada dasarnya, sikap seumpama ini dianggap satu bencana. Sebaliknya apabila rezekinya dihubungkan dengan sesuatu yang masih belum pasti, sebagaimana yang berlaku kepada para peniaga, para pengilang dan juga petani, penggantungan mereka kepada Allah, akan bertambah mendalam. Mereka akan terus kekal bertawasul dan berdoa kepada Allah juga memohon rezeki daripadaNya.

Kemudharatan Riba kepada Masyarakat

Kemudharatan riba kepada masyarakat mencakupi kemudharatan kepada ekonomi. Ianya dapat disimpulkan kepada berikut:

1.      Menyebabkan pertambahan pengeluaran. Para pengeluar mengeluarkan harta mereka secara tidak terkawal, kerana bank menjamin perolehan harta untuk proses pengeluaran. Pengeluaran tambahan yang tidak menjamin pasarannya, adalah merupakan satu bencana ekonomi. Menyediakan pasaran yang menelan lebihan pengeluaran, bukanlah satu perkara yang mudah, kerana banyak negara berebut terhadapnya. Hasil dari perebutan dan persaingan ini, mencetuskan pertembungan di kalangan negara-negara tersebut. Pertembungan inilah yang banyak mencetuskan peperangan. Sebab-sebab yang mencetuskan perang dunia pertama dan kedua, adalah kerana ekonomi dan bukannya politik. Perang Teluk juga berpunca dari sumber yang sama, sebagaimana yang diamati oleh para pemerhati.

2.      Menyebabkan pengangguran, kerana orang-orang yang mempunyai harta meletakkan harta-harta mereka di bank-bank ribawi dengan mendapat faedah tertentu, sebenarnya menjamin untuk diri mereka rezeki yang tetap. Ini membuatkan mereka menganggur dan enggan bekerja. Pengangguran mendatangkan kemudharatan yang besar. Diantaranya membiasakan diri dengan sifat malas dan menghabiskan masa kosong dengan kerja-kerja yang bermanfaat. Waktu kosonglah banyak menjerumuskan seseorang kepada aktiviti yang mendatangkan kerosakan.

3.      Menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan kerana pengeluar akan meningkatkan harga barangan mengikut riba yang dibayarnya kepada bank. Dengan ini, harga barangan meningkat dan menimbulkan bebanan kepada pengguna.

4.      Menguatkan orang-orang kafir untuk menentang Islam kerana aliran harta mengalir dari bank-bank ribawi yang terdapat di negara-negara Islam ke bank-bank asing. Bank-bank asing ini akan menggunakan harta tersebut untuk menjaga kepentingan mereka. Antaranya pembangunan ekonomi. Bank-bank asing membekalkan dana kepada musuh-musuh Islam yang membolehkan mereka menggunakannya di dalam peperangan menentang orang-orang Islam.

5.      Menyebabkan terputusnya ihsan di kalangan orang ramai. Orang yang memakan riba, tidak sanggup menghulurkan apa-apa bantuan walau apa bentuk sekalipun keadaan darurah kecuali dengan pulangan kewangan tertentu.

Pengharaman riba termasuk ke dalam perkara-perkara yang diketahui secara pasti di dalam agama dan tidak ada ruang kepada seseorang menolaknya. Pengharamannya sabit dengan nas dan juga logikal.
Orang yang memakan riba samada bank atau penyimpan memperolehi keuntungan dan tidak menanggung kerugian. Perkara ini sebenarnya tidak menepati pemikiran yang sihat. Pemikiran yang sihat menjelaskan setiap orang yang memperolehi keuntungan, pasti menanggung kerugian.
Kemudharatan di atas, sudah cukup untuk menggambarkan riba adalah haram. Walaupun tidak didapati nas syarak yang mengharamkannya, berdasarkan kepada ini, haram menubuhkan bank ribawi, haram membeli saham-saham yang dikeluarkannya dan haram juga berurusan dengannya kecuali di dalam keadaan darurat.






JuLiaH BloggEr Life: NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN DI MADINAH

JuLiaH BloggEr Life: NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN DI MADINAH: "Pemimpin Masyarakat Apabila berlakunya hijrah ke Madinah dan terbentuknya masyarakat Islam Madinah yang dianggotai kaum Muhajirin dan Ansa..."

NABI MUHAMMAD SEBAGAI PEMIMPIN DI MADINAH


Pemimpin Masyarakat

Apabila berlakunya hijrah ke Madinah dan terbentuknya masyarakat Islam Madinah yang dianggotai kaum Muhajirin dan Ansar, sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Sebagai bukti, Baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlakunya perpecahan yang begitu lama. Di samping itu, Baginda mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri melalui usaha gigihnya iaitu melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.
Antara sahabat-sahabat yang dipersaudarakan :-
        i.            Hamzah Bin Abdul Mutalib dipersaudarakan dengan zaid bin harith.
      ii.            Ja’far bin Abu Talib dengan Muaz bin Jahal
    iii.            Abu Bakar Ash-Shiddiq dengan Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair dan lain-lain lagi.

Mendirikan Masjid. Pembinaan masjid merupakan perkara pertama yang Nabi S.A.W. lakukan di Yathrib jelas menggambarkan kepentingan institusi tersebut dalam menegakkan syiar Islam yang selama ini diperangi. Ia juga boleh berperanan dalam menyatukan akidah umat Islam. Pembinaan ini juga membuktikan bahawa seluruh ibadat dalam Islam adalah menjurus kepada pembersihan jiwa, pemurnian akhlak, pengukuhan ikatan antara sesama Islam khususnya dalam hal bantu membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Oleh itu, masjidlah tempat yang boleh menyatukan barisan umat Islam, mendidik jiwa, menghidupkan hati-hati mereka dan menyelesikan masalah. Selain itu, masjid merupakan pusat menerima agama Islam bagi yang memeluk agama Islam, tempat pertemuan umat Islam, pengurusan pentadbiran tempat tinggal golongan yang tidak mampu, tempat perbincangan strategi peperangan, bermesyuarat dan pusat Nabi menerima perwakilan asing.
Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam mampu hidup secara aman walaupun bersama dengan orang bukan Islam. Masalah agama diserahkan kepada individu atau masing-masing. Sebagai contoh, sebelum hukuman dijatuhkan ke atas kaum Yahudi kaum Bani Qurayzah yang berkomplot menentang kerajaan Islam bersama kaum Musyrikin Quraysh, Nabi Muhamad (saw) menyerahkan kuasanya kepada Sa’d bin ‘Ubadah, ketua kaum Khazraj dan Sa’d Mu’adh, ketua suku kaum Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan Bani Qurayzah, maka baginda menyerahkan kepada Sa’d bin Mu’adh untuk menentukan hukumannya kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan Bani Quraizah. Bukankah ini suatu penyelesaian bijak sebagai seorang pemimpin masyarakat dalam mengendalikan masalah-masalah rumit seperti itu.
 Manakala dari sudut sosial, seperti keamanan, kerjasama dan lain-lain digalakkan secara intensif tanpa memandang latar belakang agama. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. memimpin negara Madinah, Nabi Muhammad menyamaratakan semua warga negara Madinah tanpa diskriminasi, termasuk mereka yang daripada non Muslim tetapi golongan yang ingin hidup berdamai iaitu dipanggil dzimmi. Nabi Muhammad juga menyeru ‘barang siapa yang menyakiti seorang dzimmi (non Muslim) maka sesungguhnya ia menyakitiku, dan barang siapa menyakitiku, bererti ia menyakiti Allah’ (HR Tabrani). Manakala dalam hadis Nabi Muhammad yang lain pula menyatakan bahawa pada hari kiamat kelak, baginda adalah pembela dari kaum non Muslim yang dizalimi. Sabda beliau, ‘ barang siapa yang berlaku zalim terhadap non Muslim Muahid (yang terikat perjanjian dengan kaum Muslim), atau mengurangi hak-haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya atau mengambil sesuatu darinya dengan niat yang tidak baik, maka saya akan menggugatnya pada hari kiamat’ (HR Abu Daud dan Baihaqi)

5.2 Pemimpin Politik

Kepimpinan politik Nabi Muhamad s.a.w memang sudah terserlah sejak baginda masih di Kota Makkah lagi iaitu apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah.
       I.            Salah satu aspek kepimpinan yang ditonjolkan oleh baginda dalam pentadbiran Islam ialah pada awal sebelum perhijrahan Rasulullah, masyarakat Madinah yang terdiri daripada suku suku kaum Aus dan Khazraj telah memeterai perjanjian Aqabah bersama baginda dan akan memberikan perlindungan pada Baginda SAW.
    II.            Selain itu, Nabi Muhammad telah melakukan beberapa pendekatan dalam pentadbiran kota Madinah iaitu baginda telah menubuhkan perlembagaan pertama di Madinah yang lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah. Setelah Rasulullah sampai ke Madinah, baginda telah mengkaji keadaan dalam kota itu yang mana terdapat beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian yang segera antaranya ialah masalah hak dan tanggungjawab setiap kelompok masyarakat, hubungan dengan penduduk bukan muslim khususnya Yahudi, gantirugi kehilangan nyawa dan harta benda.
 III.            Hal ini bertujuan bahawa untuk mengelakkan perselisihan terjadi di antara seluruh kaum-kaum di Madinah pada masa itu. Baginda telah melakukan rundingan dengan mengadakan perjumpaan yang dihadiri oleh semua kabilah yang menghuni kota Mdinah. Dalam pertemuan Nabi telah menyuarakan tentang kelemahan sistem pertahanan Negara yang tidak selamat ekoran daripada perselisihan dalaman antara penduduk tersebut. Baginda mencadangkan supaya diwujudkan kerjasama dalam pentadbiran bandaraya Madinah iaitu dengan cara mempersetujui penyerahan kuasa autonomi kepada unit-unit kabilah dan memindahkan kuasa majlis tertentu seperti pertahanan kepada pusat. Cadangan ini diterima baik oleh majoriti daripada ahli-ahli rundingan tersebut. Disebabkan daripada pengaruh Nabi ke atas setiap golongan Muhajirin dan Ansar telah menyebabkan semua orang tidak kira muslim dan bukan muslim telah bersetuju bahawa Nabi layak mengetuai bandaraya tersebut. Hasil daripada perbincangan tersebut satu dokumen telah dirangka yang mana kandungannya menyentuh tanggungjawab pemerintah dan rakyat iaitu Sahifah Madinah.
Kepimpinan politik Nabi Muhamamad saw bukan hanya terserlah di peringkat tempatan, tetapi turut terserlah di peringkat antarabangsa. Baginda boleh dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar Negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini telah tercapai, tidak sampai setengah abad lamanya semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam.
Di samping itu, Baginda juga berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura atau musyawarah. Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua bidang, khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Sebagai contoh, pengadilan terhadap tawanan Yahudi Banu Qurayzah dilakukan secara syura. Lanjutan daripada inilah suatu majlis syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah ‘Umar bin al Khattab. Hal ini kerana lanjutan daripada sistem syura ialah berdasarkan firman Allah 
Maksudnya: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
5.3 Perancang Ekonomi
Nabi Muhammad s.a.w. turut memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliyyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba. Hal ini kerana perniagaan melibatkan riba merupakan perbuatan yang menindas seperti yang disebutkan di dalam al-Quran bahawa riba diharamkan sama sekali dalam islam kerana ianya merupakan salah satu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.
Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Sebagai contoh, tanah yang terbiar hendaklah diusahakan semula, tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi mestilah ditebus semula dan dikerjakan, mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan kaum Quraysh yang memonopoli aktiviti perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam. Kegiatan menyekat aktiviti perdagangan kaum Quraysh ini ada kaitannya dengan ekspedisi-ekspedisi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam aspek sosial ekonomi pula, Baginda berusaha mewujudkan keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat. Hal tersebut dilakukan dengan cara mengelola zakat dari kaum Muslim, ghanimah, jizyah, dari non muslim.

5.4 Pemimpin Tentera

Nabi Muhammad telah mempunyai mutu kemampuan dalam hasil strategi perang dan hasilnya sangat jitu. yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya pasti Baginda akan menjadi ketuanya.Asas kepimpinan Baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau lainnya adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kepada para sahabat akan ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang berjihad di jalan agama islam. Ini adalah salah satu pendekatan baginda dalam menguatkan semangat keagamaannya umatnya dan meneguhkan keyakinan mereka. Baginda juga mengingatkan pengikutnya bahawa jika mereka berperang atau berjihad hendaklah dengan tujuan mempertahankan diri, agama kerana Allah SWT.
Dalam berperang islam juga menegah daripada memerangi Ahlul Kitab yang tidak bersedia memerangi kita bahkan memadailah dengan diambil daripada mereka jizyah yang dianggap standing dengan fardu zakat yang diambil daripada orang-orang Islam yang mampu guna untuk meninggikan taraf hidup golongan fakir miskin.
Baginda juga menegah sahabat daripada membunuh orang-orang tua, kanak-kanak, perempuan-perempuan, rahib-rahib dan orang-orang cacat. Sebagaimana ditegah memotong mayat-mayat musuh atau membakarnya atau memusnahkan tanam-tanaman, buah-buahan atau membinasakan rumah kecuali untuk muslihat peperangan atau menyerang musuh yang tidak bersiap sedia.
Rasulullah juga melakukan perdamaian sementara yang menurut istilah perang dipanggil “gencatan senjata”. Tempohnya tidak boleh lebih daripada dari 4 bulan jika kaum muslimin mempunyai kekuatan dan kelengkapan yang cukup menurut firman Allah:
Maksudnya: Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum Musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah Bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang Yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di Akhirat).
Terdapat beberapa langkah penting bagi peperangan dalam mengekalkan keamanan yang berasaskan keadilan. Antaranya ialah:-
1.      Pengisytiharan perang
2.      Cara memulakan peperangan
3.      Mengarah kegiatan perang serta merta
4.      Menyampaikan dakwah islamiah atau memberi ancaman perang
5.      Jihad untuk menyampaikan dakwah
6.      Syariat perang


Tuesday, April 26, 2011