welcome to my blog

Sunday, June 19, 2011

Dirasat Fi Al-Hadith Al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinih

hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan saudara-saudari sekalian. saya akan menceritakan kepada anda semua mengenai kajian saya terhadap seorang penulis kitan yang terunggul dan saya dengan mulianya melabelkan beliau sebagai seorang ulama yang mengorbankan jasanya demi mempertahankan agama islam..

salah satu karya beliau ialah penghasilan kitab dirasat fi-al-hadith al-nabawi wa tarikh tadwinih..
di dalam kandungan kitab tersebut terselit beberapa ilmu yang patut kita pelajari dan ketahui, di mana menjadi tanggungjawab kepada kita untuk mendalaminya sebagai fardu kifayah.

saya akan menerangkan serba sedikit kajian saya mengenai penerangan secara ringkas dalam kitab unggul tersebut.

BAB PERTAMA
Dalam bab yang awal membahaskan tentang pengertian sunnah dan kedudukannya dalam islam yang mana dalam bab pertama ini dibahagikan kepada dua fasal.

FASAL 1        :           Menjelaskan tentang pengertian sunnah dari segi aspek bahasa dan istilah. Pengertian sunnah juga dibahaskan oleh beberapa pendapat antaranya pengertian sunnah menurut muhaddithin, ulama usul, ulama fuqaha, penyair syair-syair Arab, sunnah dan pengunaannya di dalam Al-Quran, penggunaan sunnah di dalam hadith Rasulullah seterusnya pengertian sunnah menurut pendapat orientalis.
FASAL 2        :           Menceritakan tentang sunnah dan kedudukannya dalam Islam di samping menceritakan mengenai golongan yang menolak sunnah dan pandangan berkaitan sunnah bagi golongan Khawarij, Muktazilah, Syiah dan sebagainya.

BAB KEDUA
Menerusi bab yang kedua ini menjelaskan tentang perkembangan pendidikan di Tanah Arab pada zaman Jahiliyah sehingga zaman kebangkitan atau permulaan era Islam. Selain itu, dalam bab ini menyatakan tentang kesan pendidikan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sebagainya. Dalam bab ini juga menceritakan tentang orientalis dan tuduhan mereka terhadap penulisan hadis nabi.

BAB KETIGA
Bab ini membincangkan penulisan Hadis Nabawi dari aspek sejarah penulisan dan pembukuannya. Diterangkan  juga dalam bab ini sebab kelewatan pembukuan hadis nabi. Terdapat ulama yang membahaskan mengenai penulisan hadis serta pembukuannya.

BAB KEEMPAT
Dalam bab ini mejelaskan mengenai penulisan pada zaman Nabi sehingga pertengahan abad kedua yang dilakukan oleh para sahabat dan golongan tabi’in dan cara pendekatan yang mereka gunakan dalam penulisan hadis Nabi. Bab ini terdapat empat fasal.

FASAL 1        :           Penulisan para sahabat dan risalah-risalah mereka.
FASAL 2        :           Penulisan oleh para tabi’in pada abad pertama dan risalah-risalah mereka.
FASAL 3        :           Penulisan oleh sighar Tabi’in dan risalah mereka.
FASAL 4        :           Penulisan daripada sebahagian sighar Tabi’in dan tabi’ tabi’in dan penulisan mereka terhadap hadis Rasulullah SAW.

BAB KELIMA
Bab yang seterusnya ini membincangkan mengenai ilmu dan pembelajaran hadis pada kurun pertama dan kedua. Dalam bab ini menyentuh tentang bagaimana teknik pembelajaran sesuatu hadis tersebut berdasarkan kepada beberapa kategori. Di sini juga ada menyentuh berkenaan dengan imlak hadis dan menjelaskan kaedah imlak hadis dan  lain-lain lagi.

BAB KEENAM
Dalam bab ini membahaskan tentang penjagaan terhadap kitab hadis. Ia juga memperincikan tentang kaedah penulisan hadis, penulisan sanad dan sebagainya. Bab ini turut membahaskan tentang pencurian hadis yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

BAB KETUJUH
Menerusi bab ini menceritakan mengenai isnad dan permulaan isnad dalam hadis dan juga ada menyentuh tentang beberapa pendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang orientalis. Termasuk juga kritikan mereka terhadap penggunaan isnad dalam penulisan hadis.

BAB KELAPAN
Dalam bab ini menjelaskan berkaitan dengan sanad dan matan hadis Nabi. Dengan kata lain, perbincangan mengenai kesahihan sesuatu hadis serta perbahasan mengenai kethiqahannya yang mana perbincangan kali ini menyatakan mengenai kritikan orientalis berkaitan dengan matan dan sanad pada hadis tersebut.

BAB KESEMBILAN
Dalam bab yang terakhir membincangkan tentang pengertian naskah yang asal dan melibatkan naskah suhail. Salinan asal naskah suhail turut di lampirkan.


No comments:

Post a Comment