Pemimpin Masyarakat
Apabila berlakunya hijrah ke Madinah dan terbentuknya masyarakat Islam Madinah yang dianggotai kaum Muhajirin dan Ansar, sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Sebagai bukti, Baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlakunya perpecahan yang begitu lama. Di samping itu, Baginda mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri melalui usaha gigihnya iaitu melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.
Antara sahabat-sahabat yang dipersaudarakan :-
i. Hamzah Bin Abdul Mutalib dipersaudarakan dengan zaid bin harith.
ii. Ja’far bin Abu Talib dengan Muaz bin Jahal
iii. Abu Bakar Ash-Shiddiq dengan Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair dan lain-lain lagi.
Mendirikan Masjid. Pembinaan masjid merupakan perkara pertama yang Nabi S.A.W. lakukan di Yathrib jelas menggambarkan kepentingan institusi tersebut dalam menegakkan syiar Islam yang selama ini diperangi. Ia juga boleh berperanan dalam menyatukan akidah umat Islam. Pembinaan ini juga membuktikan bahawa seluruh ibadat dalam Islam adalah menjurus kepada pembersihan jiwa, pemurnian akhlak, pengukuhan ikatan antara sesama Islam khususnya dalam hal bantu membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Oleh itu, masjidlah tempat yang boleh menyatukan barisan umat Islam, mendidik jiwa, menghidupkan hati-hati mereka dan menyelesikan masalah. Selain itu, masjid merupakan pusat menerima agama Islam bagi yang memeluk agama Islam, tempat pertemuan umat Islam, pengurusan pentadbiran tempat tinggal golongan yang tidak mampu, tempat perbincangan strategi peperangan, bermesyuarat dan pusat Nabi menerima perwakilan asing.
Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam mampu hidup secara aman walaupun bersama dengan orang bukan Islam. Masalah agama diserahkan kepada individu atau masing-masing. Sebagai contoh, sebelum hukuman dijatuhkan ke atas kaum Yahudi kaum Bani Qurayzah yang berkomplot menentang kerajaan Islam bersama kaum Musyrikin Quraysh, Nabi Muhamad (saw) menyerahkan kuasanya kepada Sa’d bin ‘Ubadah, ketua kaum Khazraj dan Sa’d Mu’adh, ketua suku kaum Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan Bani Qurayzah, maka baginda menyerahkan kepada Sa’d bin Mu’adh untuk menentukan hukumannya kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan Bani Quraizah. Bukankah ini suatu penyelesaian bijak sebagai seorang pemimpin masyarakat dalam mengendalikan masalah-masalah rumit seperti itu.
Manakala dari sudut sosial, seperti keamanan, kerjasama dan lain-lain digalakkan secara intensif tanpa memandang latar belakang agama. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. memimpin negara Madinah, Nabi Muhammad menyamaratakan semua warga negara Madinah tanpa diskriminasi, termasuk mereka yang daripada non Muslim tetapi golongan yang ingin hidup berdamai iaitu dipanggil dzimmi. Nabi Muhammad juga menyeru ‘barang siapa yang menyakiti seorang dzimmi (non Muslim) maka sesungguhnya ia menyakitiku, dan barang siapa menyakitiku, bererti ia menyakiti Allah’ (HR Tabrani). Manakala dalam hadis Nabi Muhammad yang lain pula menyatakan bahawa pada hari kiamat kelak, baginda adalah pembela dari kaum non Muslim yang dizalimi. Sabda beliau, ‘ barang siapa yang berlaku zalim terhadap non Muslim Muahid (yang terikat perjanjian dengan kaum Muslim), atau mengurangi hak-haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya atau mengambil sesuatu darinya dengan niat yang tidak baik, maka saya akan menggugatnya pada hari kiamat’ (HR Abu Daud dan Baihaqi)
5.2 Pemimpin Politik
Kepimpinan politik Nabi Muhamad s.a.w memang sudah terserlah sejak baginda masih di Kota Makkah lagi iaitu apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah.
I. Salah satu aspek kepimpinan yang ditonjolkan oleh baginda dalam pentadbiran Islam ialah pada awal sebelum perhijrahan Rasulullah, masyarakat Madinah yang terdiri daripada suku suku kaum Aus dan Khazraj telah memeterai perjanjian Aqabah bersama baginda dan akan memberikan perlindungan pada Baginda SAW.
II. Selain itu, Nabi Muhammad telah melakukan beberapa pendekatan dalam pentadbiran kota Madinah iaitu baginda telah menubuhkan perlembagaan pertama di Madinah yang lebih dikenali sebagai Sahifah Madinah. Setelah Rasulullah sampai ke Madinah, baginda telah mengkaji keadaan dalam kota itu yang mana terdapat beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian yang segera antaranya ialah masalah hak dan tanggungjawab setiap kelompok masyarakat, hubungan dengan penduduk bukan muslim khususnya Yahudi, gantirugi kehilangan nyawa dan harta benda.
III. Hal ini bertujuan bahawa untuk mengelakkan perselisihan terjadi di antara seluruh kaum-kaum di Madinah pada masa itu. Baginda telah melakukan rundingan dengan mengadakan perjumpaan yang dihadiri oleh semua kabilah yang menghuni kota Mdinah. Dalam pertemuan Nabi telah menyuarakan tentang kelemahan sistem pertahanan Negara yang tidak selamat ekoran daripada perselisihan dalaman antara penduduk tersebut. Baginda mencadangkan supaya diwujudkan kerjasama dalam pentadbiran bandaraya Madinah iaitu dengan cara mempersetujui penyerahan kuasa autonomi kepada unit-unit kabilah dan memindahkan kuasa majlis tertentu seperti pertahanan kepada pusat. Cadangan ini diterima baik oleh majoriti daripada ahli-ahli rundingan tersebut. Disebabkan daripada pengaruh Nabi ke atas setiap golongan Muhajirin dan Ansar telah menyebabkan semua orang tidak kira muslim dan bukan muslim telah bersetuju bahawa Nabi layak mengetuai bandaraya tersebut. Hasil daripada perbincangan tersebut satu dokumen telah dirangka yang mana kandungannya menyentuh tanggungjawab pemerintah dan rakyat iaitu Sahifah Madinah.
Kepimpinan politik Nabi Muhamamad saw bukan hanya terserlah di peringkat tempatan, tetapi turut terserlah di peringkat antarabangsa. Baginda boleh dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar Negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini telah tercapai, tidak sampai setengah abad lamanya semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam.
Di samping itu, Baginda juga berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura atau musyawarah. Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua bidang, khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Sebagai contoh, pengadilan terhadap tawanan Yahudi Banu Qurayzah dilakukan secara syura. Lanjutan daripada inilah suatu majlis syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah ‘Umar bin al Khattab. Hal ini kerana lanjutan daripada sistem syura ialah berdasarkan firman Allah
Maksudnya: Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
5.3 Perancang Ekonomi
Nabi Muhammad s.a.w. turut memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliyyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba. Hal ini kerana perniagaan melibatkan riba merupakan perbuatan yang menindas seperti yang disebutkan di dalam al-Quran bahawa riba diharamkan sama sekali dalam islam kerana ianya merupakan salah satu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.
Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Sebagai contoh, tanah yang terbiar hendaklah diusahakan semula, tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi mestilah ditebus semula dan dikerjakan, mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan kaum Quraysh yang memonopoli aktiviti perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam. Kegiatan menyekat aktiviti perdagangan kaum Quraysh ini ada kaitannya dengan ekspedisi-ekspedisi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam aspek sosial ekonomi pula, Baginda berusaha mewujudkan keadilan sosial dan kesejahteraan masyarakat. Hal tersebut dilakukan dengan cara mengelola zakat dari kaum Muslim, ghanimah, jizyah, dari non muslim.
5.4 Pemimpin Tentera
Nabi Muhammad telah mempunyai mutu kemampuan dalam hasil strategi perang dan hasilnya sangat jitu. yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya pasti Baginda akan menjadi ketuanya.Asas kepimpinan Baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau lainnya adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia.
Rasulullah s.a.w sering mengingatkan kepada para sahabat akan ganjaran syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hambanya yang berjihad di jalan agama islam. Ini adalah salah satu pendekatan baginda dalam menguatkan semangat keagamaannya umatnya dan meneguhkan keyakinan mereka. Baginda juga mengingatkan pengikutnya bahawa jika mereka berperang atau berjihad hendaklah dengan tujuan mempertahankan diri, agama kerana Allah SWT.
Dalam berperang islam juga menegah daripada memerangi Ahlul Kitab yang tidak bersedia memerangi kita bahkan memadailah dengan diambil daripada mereka jizyah yang dianggap standing dengan fardu zakat yang diambil daripada orang-orang Islam yang mampu guna untuk meninggikan taraf hidup golongan fakir miskin.
Baginda juga menegah sahabat daripada membunuh orang-orang tua, kanak-kanak, perempuan-perempuan, rahib-rahib dan orang-orang cacat. Sebagaimana ditegah memotong mayat-mayat musuh atau membakarnya atau memusnahkan tanam-tanaman, buah-buahan atau membinasakan rumah kecuali untuk muslihat peperangan atau menyerang musuh yang tidak bersiap sedia.
Rasulullah juga melakukan perdamaian sementara yang menurut istilah perang dipanggil “gencatan senjata”. Tempohnya tidak boleh lebih daripada dari 4 bulan jika kaum muslimin mempunyai kekuatan dan kelengkapan yang cukup menurut firman Allah:
Maksudnya: Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum Musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah Bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang Yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di Akhirat).
Terdapat beberapa langkah penting bagi peperangan dalam mengekalkan keamanan yang berasaskan keadilan. Antaranya ialah:-
1. Pengisytiharan perang
2. Cara memulakan peperangan
3. Mengarah kegiatan perang serta merta
4. Menyampaikan dakwah islamiah atau memberi ancaman perang
5. Jihad untuk menyampaikan dakwah
6. Syariat perang
post your comment here..thanks
ReplyDelete