welcome to my blog

Tuesday, December 21, 2010

hiduPku....seOrang.... Perantau

aku kini bergelar seorang prasiswazah yang menuntut di perantauan orang,...selama 4 bulan aku menempuh cabaran dan dugaan di sini,...pelbagai rintangan telah aku lalui dalam menempuh perjuanganku di sini...

aku terpisah jauh daripada keluarga ku demi menyahut hijrah Rasulullah iaitu berpindah kepada kehidupan yang lebih baik..di sini aku telah belajar tentang kepimpinan dalam menguruskan sesebuah organisasi..di sini juga telah membawa aku keluar daripada kepompong yang selama ini aku cuba sembunyikan dari diri ku sendiri...

di sini aku telah belajar untuk mempercayai diri sendiri,belajar untuk yakin pada diri sendiri yang mana aku boleh buat,...kerana mulai saat aku semakin percaya bahawa tuah kejayaan terletak pada usaha kita sendiri bukan pada desakan ibu bapa atau desakan guru-guru kerana itu semua lahir dari usaha yang kita bangunkan dalam diri kita..............

"hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri'

kata-kata mutiara ini memberikan aku semangat bahawa suatu hari nanti aku akan bangunkan negeri ku sendiri dengan bantuan mendapatkan ilmu di negeri orang...
ayuhlah semua rakan mari kita kabulkan impian kita menjadi kenyataan,.mencapai kejayaan di peranatauan seterusnya membawa pulang kejayaan dan mencapai impian serta membantu masyarakat dalam apa jua keadaan...InsyaAllah

REMEMBER!!!!!

"Jangan Sudah Terhantuk Baru Nak Terngadah Kerana Apabila Nasi Sudah Menjadi Bubur Menangis Airmata Sekalipun Tidak Berguna Lagi"